"Orang lain terdesak main perang harga agar dapat satu pelanggan. Saya hanya tukarkan perkataan dalam iklan untuk tambah pelanggan tiga kali ganda."

Penulis iklan jualan, Doru Catana memberitahu, "Setiap kali iklan diperbaiki, peniaga menaikkan jualan tiga kali ganda!"

Semua peniaga sedar masalah ini.

Jika hari-hari menunjukkan produk semata-mata tidak akan menambahkan jualan.

Satu cara penjual dapat lakukan tanpa membunuh harga setiap masa ialah dengan menukar sudut pandang pelanggan.

Bagaimana mahu lakukan?

Menukar pandangan pelanggan agar membeli dan menambah prospek pembeli dengan menukar cara mesej iklan kita ditulis.

Peniaga boleh sahaja 'agak-agak' mahu tulis apa. Tetapi apa kata Vishen Lakhiani dari Mindvalley, "Kejayaan ada sistem."

Apa sistem kejayaan anda apabila menulis iklan jualan?

Tak ada?

Baca lagi.

Masih tersangkut mencari lebih satu cara memberitahu produk dan servis kita? Tarik pelanggan melalui 'Story-selling' Iklan Persuasif. Lebih 20 cara dapat dilakukan!

Apa akan jadi jika pada satu hari kita sudah tahu setiap perkataan yang ditulis dapat memperbaiki jualan produk dan servis kita?

Iklan kita mendekati kerja sniper berbanding penembak peluru tabur.

Mahukah anda menguasai perkataan dan mesej agar dapat menarik pelanggan yang dimahukan?

Kita menguasai masa hadapan jualan hanya apabila menguasai perkataan.

Oprah Winfrey berkata, "Bahasa adalah kuasa."


"Satu ayat saya gunakan berjaya menarik 800 prospek!"

"Selepas menggunakan kaedah menulis iklan jualan dalam salah satu modul yang diberikan, saya rasa macam mimpi.

Iklan saya hanya satu ayat tapi sudah dapat menarik 800 orang prospek mahu mendapatkan perkhidmatan saya!

Tak sampai dua minggu pun."


Aizat Razak, Jurulatih Motivasi Kesihatan, bekas Ikon JK1M

Modul-modul ini sudah pun digunakan untuk mendorong kepada hasil berikut.

 

  1. Menukarkan buku yang tersangkut di gudang selama dua tahun menjadi buku yang terjual 14,000 naskhah dan menang anugerah pilihan pembaca dua tahun berturut-turut.
  2. Menjadikan penjual penapis air di Kuala Lumpur tidak menang tangan mengurus tempahan di seluruh semenanjung.
  3. Mencipta 800 respon kurang 24 jam untuk seorang motivator kecergasan yang menjual produk kesihatan.
  4. Membina 400 sehingga 800 pembaca yang berduit sebelum buku siap. Penulisnya pun tidak terkenal dan bermula kosong.
  5. Menukarkan posisi penjual yang dilihat terdesak dan murah dengan persepsi dilihat penting dan mahal. Pelanggan rasa berbaloi mendapatkan produk perkhidmatan.
  6. Menaikkan nilai sebuah buku yang tak laku berharga dua angka yang kemudian dijual pada harga tiga angka dalam tempoh tiga minggu sahaja.
  7. Mengalihkan kegagalan jualan sebuah buku pertanian di kedai-kedai buku menjadi 2000 pesanan.
  8. Menukarkan senarai proposal penulis yang ditolak kepada sesuatu dimahukan penerbit. Sedangkan itu manuskrip yang sama.

Adakah modul-modul ini menjadikan anda mendapat hasil yang sama?

Kami tidak berjanji.

Kerana setiap orang hasilnya berbeza.

Tetapi apa yang kami beri adalah sistem kejayaan.

Kuasai tiga perkara di bawah.

Belajar sekali, buat berkali-kali, tarik pelanggan dengan kuasa perkataan.

 

3 Modul ini digunakan bagi menarik pelanggan

Sesuai untuk mereka yang mahu menaikkan kualiti pengiklanan agar dapat mengikat dan menambah pelanggan.

*Hasil aplikasi oleh peserta berbeza antara satu sama lain. Dengan izin Allah usaha yang terancang mendorong hasil.

Modul 1 Hukum Butang Emosi Pembaca

Mengapa orang sanggup membeli majalah dan buku yang siap berbalut tanpa membuka bagi melihat isi?

Penerbit menguasai hukum butang emosi pembaca.

Butang emosi berada pada tajuk-tajuk yang dipaparkan depan majalah.

Bagaimana akhbar menjual lebih 300,000 naskhah sehari?

Iklan mereka datang daripada susunan perkataan yang terpilih sebelum dicetak.

Pendekatan yang sama digunakan oleh para penjenayah, sindiket Awang Hitam dan pelaburan palsu sehingga mendorong orang mengeluarkan wang.

Pelajari 8 butang emosi yang dapat diletakkan pada kedudukan tertentu dalam penulisan media sosial dan hebahan bercetak.

Modul 2 Hukum Butang Logik Pembaca

Kenapa pelanggan memilih produk A meskipun produk B menawarkan yang lebih murah?

Iklan A mahir dalam aplikasi butang logik pelanggan.

Hukum butang logik mendorong pelanggan dapat menentukan keputusan terbaik pilihan yang dibuat.

Pelajari butang logik  yang memanjangkan interaksi

Kesan kemudian hari, pelanggan berfikir mengenai anda. 

Mereka kembali lagi dan lagi.

Saya Klik & Hadir

Modul 3 Hukum Butang Visual Pembaca

Butang visual mengalihkan iklan menjadi objek dalam fikiran pelanggan.

Pada waktu ini, anda sudah pun masuk sempadan fikiran pelanggan dan sukar dilupakan.

Kisah Sang Kancil dan Buaya masih melekat dalam fikiran kita sejak kecil kerana aplikasi hukum butang visual pembaca.

Pelajari cara membina visual semudah satu ayat untuk menarik pelanggan.

Modul 4 Menguasai Butang Kesakitan Pelanggan

Kesakitan-kesakitan pelanggan dalam setiap produk dan perkhidmatan adalah berbeza. Lain orang lain bezanya.

Bina iklan jualan berbentuk kandungan 'bantuan' kepada pelanggan agar mereka merasa saudara memberikan konsultasi dan tidak terdesak mahu menjual semata-mata.

Apabila peniaga dilihat pada mata 'perunding' masalah pelanggan, kita dapat menawarkan perhidmatan dan produk tanpa perlu membunuh harga.

Modul 5 Membina Soalan Yang Mendorong Pesanan Pelanggan

Soalan dalam membina iklan jualan bukan bertujuan menjawab soalan pelanggan.

Soalan dalam iklan jualan bertujuan membina perjalanan pelanggan dari sedar, mahu dan membuat keputusan pembelian.

Bangunkan set soalan yang betul agar mudah pelanggan membuat keputusan membeli.

Saya Klik & Hadir

Kosongkan hari Ahad 14 Oktober 2018

Seminar Menulis Iklan Jualan Persuasif

Sebelum anda mahu hadir. 

Bayangkan situasi ini. 

Bayangkan dalam pusat membeli belah di NU Sentral. 

Anda berada dalam satu butik di LOKA Malaysia.
Anda bersama-sama 50 orang yang mempunyai bisnes sendiri. Ada bisnes sepenuh masa, ada yang sambilan. Ada yang berniaga produk dan ada yang berniaga servis.

Semua datang kerana mahu belajar menulis iklan jualan dengan 'pengalaman sebenar di tengah-tengah tempat orang berniaga' . 

 Bukan selalu peluang belajar dalam pengalaman berada di tempat berbisnes seperti ini berlaku.

Biasanya dalam dewan seminar sahajakan?

Kali ini lebih real, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Jam 10 pagi sehingga 5 petang

Lokasi

LOKA MALAYSIA

Level 1, Nu Sentral Mall,

Jalan Tun Sambanthan,

Brickfields,

50470 Kuala Lumpur

Bangunan ini berhubung dengan LRT, MRT, Komuter, MRT, Grab, bas dan teksi!

Yuran Profesional RM390Disebabkan kali pertama seminar dibawa ke LOKA


RM390 RM190

tawaran pengenalan jimat RM200 yang berlaku sekali sahaja.

"Dalam tiga ayat ringkas, peniaga menggunakan Butang Emosi, Logik dan Visual ke dalam iklan untuk menambah prospek pada waktu kritikal."

"Bisnes 'simen dan besi' mendapat perhatian 100 orang tak sampai sejam selepas kelas. Beliau menggunakan 'teks panjang' menggabungkan butang emosi, logik dan visual.

Siapakah jurulatih profesional yang akan membimbing anda?

"Jangan buang masa dengan ceramah, dengar dan buat pada hari itu juga."

Zamri Mohamad

Dia pernah gagal. Dia kemudian berundur beberapa langkah dan belajar cara lain menarik perhatian pelanggan.

Dia belajar menggunakan susunan kalimat iklan persuasif.

Pada usia 17 tahun dia 'menarik' perhatian orang kampung dengan iklan jualan yang ditampal pada bekas air.

Sesuatu yang tak pernah dibuat oleh penjaja kampung.

Orang sanggup beratur membeli minuman tepi jalan kerana persepsi 'air penghilang dahaga' menjadi 'minuman kesihatan harian' selepas membaca iklan.

Dia menggunakan kemahiran menulis iklan jualan bagi menarik derma untuk asnaf.

Lima angka dikumpulkan untuk asnaf tak sampai 24 jam.

Dia membantu menaikkan jualan buku dengan iklan jualan yang menukarkan buku tersangkut dibeli oleh 14,000 pembaca.

Salah satu kajian kesnya menaikkan nilai buku berharga dua angka menjadi tiga angka.

Pernah dipanggil melatih kumpulan penerbit seperti PTS, Karangkraf, Legacy, Must Read dan Legacy dalam penulisan persuasif untuk kempen penulis dan buku.