Anda nak ubah diri dan tingkatkan pendapatan anda?

Semua perubahan besar bermula dari kesedaran kecil.

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Saya Shah dari Sk Biz Solution.

Sk Biz Solution ialah sebuah syarikat penyedia latihan korporat yang berdaftar dengan HRDC agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Di Sk Biz Solution, kami banyak membantu para pekerja untuk membangunkan diri dan meningkatkan kemahiran mereka di tempat kerja.

Jikalau anda sampai ke halaman ini, besar kemungkinan anda baru baca artikel saya di blog — dan mungkin anda sedang mengalami situasi seperti berikut:-

Anda mungkin:

  1. Dah kerja bertahun-tahun tapi gaji tak naik-naik. Gaji anda hanya cukup-cukup makan saja.

  2. Gaji anda masuk awal bulan, tapi belum sampai hujung bulan anda dah mula rasa sempit. Bayar rumah, bayar kereta, bayar taska anak - dah habis gaji.

  3. Anda pernah bertindak untuk cuba ubah hidup anda tapi tak berjaya dan kekal lama. Mula-mula rasa semangat tapi lama-lama anda patah balik ke tabiat asal. 

  4. Atau anda sendiri tak tahu nak mula dari mana untuk ubah hidup anda. Anda tak tahu cara yang betul dan tak da orang nak bantu anda untuk ubah hidup anda.

Kalau ya, anda mengalami situasi di atas — saya faham perasaan tu.
Sebab saya juga pernah lalui kesusahan seperti anda juga dulu.


Saya dulu pun macam anda.

Tahun 2005, saya mula bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat latihan korporat di Petaling Jaya, Selangor.

Gaji saya masa tu cuma RM1,700 sebulan.
Kalau tinggal di Shah Alam, anda pun tahu - RM1,700 tu bukan jumlah yang boleh buat hidup kita selesa.
Setiap bulan saya kena fikir cukup tak nak bayar rumah, kereta, minyak dan makan.
Tak ada simpanan, tak ada “backup”.

Stress juga la. Tapi saya tak nak terus hidup macam tu.
Saya cuba ubah diri saya, Saya mula belajar untuk perbaiki diri saya.
Saya belajar cara nak buat kerja dengan lebih baik dan saya tambah kemahiran saya.

Dalam masa tujuh tahun, saya naik pangkat.
Daripada eksekutif biasa, ke penolong pengurus, kemudian jadi pengurus.
Dan pada tahun 2013, saya buat keputusan besar iaitu saya berhenti dan tubuhkan syarikat saya sendiri.


Tapi perjalanan tu tak mudah.

Saya sangka bila buka syarikat sendiri semuanya akan senang. Rupanya jauh lebih susah.

Duit komisen yang dulu puluh ribu, habis dalam beberapa bulan.
Ada masa tu dalam poket tinggal RM50 ja.
Kereta hampir kena tarik, pernah kena tipu dengan “penarik kereta ”.
Roadtax kereta pun berbulan tak boleh bayar.
Memang stress gila masa tu.

Tapi saya tak berhenti.
Saya teruskan — sebab saya percaya satu benda:

Kalau saya terus belajar, saya akan jumpa jalannya.

Saya belajar macam-macam. Tentang bisnes, tentang marketing, tentang sale dan sebagainya.
Dan satu perkara yang saya sedar ialah formula untuk berjaya sebenarnya sama iaitu - Ia mesti bermula dari diri sendiri.

Ia bermula dari cara kita berfikir dan cara kita bertindak - tapi bagaimana?

Ramai orang nak berubah menjadi lebih baik, nak ubah diri dan kehidupan tapi tak tahu macam mana nak mula.

Dan inilah sebab saya tulis blog ni.

Sebab saya nak bantu orang macam anda yang nak ubah diri dan kehidupan tapi tak tahu cara yang betul, tak tahu nak mula dari mana.

Saya akan kongsi cara, ilmu dan pengalaman saya bagaimana saya ubah dari gaji RM1,700 sebulan kepada bina syarikat sendiri, dan hidup dengan lebih tenang hari ini.

Semua ilmu dan cara ini saya dapat dari pengalaman saya, dari pembacaan saya dan dari kursus-kursus yang saya hadiri selama lebih 10 tahun ni.

Kalau anda rasa anda pun nak ubah hidup anda, tapi tak tahu nak mula dari mana — saya nak bantu anda.

Isikan maklumat anda di bawah tu.

Saya akan hantar artikel saya terus ke inbox anda setiap kali saya kongsikan diblog.

Biar kita sama-sama belajar, perlahan-lahan ubah cara berfikir dan perbaiki hidup kita.

Isi maklumat anda di bawah untuk jadi orang pertama terima perkongsian saya.

Happy reading

Talk to you soon,

.